fb fb fb fb fb

Penduduk RKT Renok Baru masih dibelenggu masalah air bersih

GUA MUSANG, 3 Februari - Seramai 150 penduduk di Desa Seri Mutiara, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar (RKT) Renok Baru di sini terpaksa menggunakan air tandak selepas bekalan air bersih yang disediakan pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terputus.

Sebelum ini penduduk mendakwa sudah terdapat meter dan saluran paip airbersih disediakan AKSB, namun sejak dua tahun lalu perkhidmatan itu tidak berfungsi.

Penduduk hanya menggunakan air bukit atau air tandak dari sebatang sungai yang jaraknya kira-kira empat kilometer dari perkampungan itu.

Walaupun tidak dapat menggunakan air AKSB penduduk kampung turut menerima bil dan membayar caj bulanan.

"Kerana memang bermasalah terutama musim perayaan. Apabila hari raya, air tandak tiada dan air paip juga tiada, kita terpaksa beli air, atau dapatkan air di sungai. Ini agak kekangan lah, terutama kami yang mempunyai anak ramai." penduduk, Rahmah Abdul Rahman.

Sementara itu, Pihak AKSB dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan penempatan itu merupakan kawasan hujung paip agihan air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Limau Kasturi dan hasil siasatan mendapati masalah berpunca daripada beberapa faktor.

Kenyataan itu berkata, tekanan air rendah dan bekalan tidak mencukupi juga dikenal pasti menjadi punca masalah air sehingga penduduk terpaksa menggunakan air tandak.

(FOTO HIASAN)

AKSB mendapati terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengusik, mengganggu atau mengubah kawalan injap di beberapa kawasan yang menyebabkan air tidak mengalir ke kawasan berbukit termasuk rumah pengadu.

Media Baharu