Pengeluaran minyak Libya capai tahap tertinggi dalam tempoh lebih sedekad

Pengeluaran minyak di Libya meningkat 1.43 juta tong sehari . /Foto REUTERS

TRIPOLI, 6 April – Pengeluaran minyak Libya meningkat kepada kira-kira 1.43 juta tong sehari, iaitu paras tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh lebih sedekad, kata Pengerusi Perbadanan Minyak Nasional Libya, Masoud Suleiman pada Ahad, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil jualan minyak Februari melebihi US$2 bilion dan disalurkan sepenuhnya ke perbendaharaan tanpa sebarang potongan.
  • Bekalan bahan api domestik kekal stabil walaupun krisis global; penyelenggaraan saluran paip Al-Sharara selesai dan pengeluaran kembali normal.
  • Usaha mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran bergantung pada kestabilan grid kuasa dan penambahbaikan kecekapan pengeluaran.
  • Medan Al-Sharara adalah yang terbesar, terletak kira-kira 900 kilometer selatan Tripoli, kapasiti melebihi 300,000 tong minyak mentah sehari.

Suleiman berkata dalam satu mesyuarat bahawa hasil jualan minyak bagi Februari melebihi US$2 bilion dan disalurkan sepenuhnya kepada perbendaharaan negara tanpa sebarang potongan, yang pertama berlaku dalam tempoh beberapa tahun.

Beliau turut memaklumkan bekalan bahan api domestik kekal stabil meskipun berdepan krisis global dan kerja penyelenggaraan ke atas saluran paip eksport medan minyak Al-Sharara telah selesai, dengan pengeluaran kembali ke paras normal.

Suleiman menegaskan bahawa usaha mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran bergantung kepada kestabilan grid kuasa serta penambahbaikan kecekapan pengeluaran.

Eksport minyak dan gas merupakan sumber hasil utama Libya, namun sering terganggu akibat konflik dan ketidakstabilan politik.

Medan minyak Al-Sharara, yang terbesar di negara itu terletak kira-kira 900 kilometer ke selatan Tripoli, dengan kapasiti melebihi 300,000 tong minyak mentah sehari. -BERNAMA-XINHUA