
BEIRUT, 28 Mei – Serangan rejim Zionis Israel menyasarkan sebuah bangunan di pinggir selatan ibu negara Lubnan, Beirut pada Khamis.
- Serangan jadi yang pertama berhampiran bandar dalam beberapa minggu, menggugat gencatan senjata yang rapuh.
- Tentera Israel kata ia serangan tepat, menyasarkan Ali al-Husseini yang didakwa ada hubungan dengan Hezbollah dan Iran.
- Sumber keselamatan Lubnan: dua peluru berpandu tepat mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan, dan Hezbollah serta Iran belum memberi kenyataan.
Serangan itu menjadikan ia serangan pertama berhampiran bandar itu dalam tempoh beberapa minggu di tengah-tengah gencatan senjata yang gagal menghentikan pertempuran antara tentera Israel dan Hezbollah di selatan Lubnan.
Tentera Israel memaklumkan pihaknya telah melancarkan satu serangan tepat di Beirut namun tidak memberikan butiran lanjut dengan alasan menyasarkan Ali al-Husseini yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hezbollah dan Iran.
Setakat ini, Hezbollah dan Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan tersebut.
Sumber keselamatan Lubnan berkata serangan itu dilancarkan menggunakan dua peluru berpandu tepat yang menyasarkan sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut.
Serangan tersebut sekali lagi menggugat gencatan senjata yang diumumkan Washington pada 16 April lalu bagi menghentikan peperangan antara Israel dan Hezbollah yang disokong Iran sejak 2 Mac.
Serangan antara kedua-dua pihak masih berterusan namun kebanyakannya tertumpu di selatan Lubnan.- REUTERS