fb fb fb fb fb

Penunggang maut, motosikal hilang kawalan

Foto RTM

KUCHING, 10 November - Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya terbabas di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu, mangsa berusia 20-an dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan tercampak ke bahu jalan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.11 malam kerana kecederaan parah.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden terbabit boleh tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN