fb fb fb fb fb

Kementerian Pengangkutan sediakan perkhidmatan bas percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian
Pengangkutan di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 3 Februari - Kementerian Pengangkutan akan menyediakan perkhidmatan bas percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen bermula Sidang Dewan Rakyat bulan ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemudahan bas pengantara itu disediakan untuk kegunaan ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media.

Inisiatif itu antara usaha kementerian dalam menangani isu kesesakan di pintu masuk parlimen selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Mekanisma pelaksanaannya juga akan dibincangkan bersama pihak Parlimen bagi memastikan isu keselamatan tidak dikompromi.


(Foto fail)

"Saya amat berharap bahawa ia dapat dilaksanakan pada sidang ini saya telah menyatakan hasrat ini kepada speaker secara tidak rasmi dan beliau amat bersetuju dengan cadangan ini.

"Kita juga telah mintak pihak Prasarana untuk menyediakan bas Rapid KL dan bas yang kita akan gunakan ini adalah bas pendek, bukan bas panjang jadi memudahkan supaya ia boleh sampai di kawasan dalaman di perkarangan Parlimen." katanya ketika ditemui media pada Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, masa operasi bas pengantara tersebut juga akan mengikut waktu sidang Parlimen dan kekerapan juga bergantung kepada permintaan.

Media Baharu