fb fb fb fb fb

Tiada rekahan di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop

IPOH, 8 Jun- Tidak berlaku kerosakan pada Jambatan Bagan Datuk-Sejagop seperti yang tular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata rekahan pada laluan itu direka bentuk bagi proses pengembangan dan penguncupan konkrit. 

Ketika video direkodkan, bahan tersebut belum lagi dipasang.

Pihaknya juga menyangkal dakwaan bahawa pembinaan jambatan tersebut menggunakan bahan dari plastik murahan.

Mohammad Nizar memberitahu pemberita di sini.

Rakaman video berdurasi 26 saat itu menunjukkan berlaku rekahan di struktur Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang mula dibuka kepada umum pada 31 Mei lalu.

(Tiada rekahan di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop/Tangkap layar)

Media Baharu