fb fb fb fb fb

Kebakaran 13 kontena: Siasatan segenap aspek termasuk ikrar palsu

SHAH ALAM, 8 Jun- Susulan kejadian kebakaran 13 kontena di kawasan milik Northport (Malaysia) Bhd semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Northport membabitkan segenap aspek termasuk pengikraran palsu.

"Kita masih siasat apakah puncanya tetapi saya tidak mahu buat kesimpulan ketika ini, sudah tentu pihak operator North Port dan juga LPK akan membuat siasatan terperinci.

"Kalau ikrar palsu itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, maka kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut," kata Anthony di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan di sini.

Tegas beliau pihaknya memandang serius pengikraran barangan bagi memastikan keselamatan dan akan memperketat kawalan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Dalam kejadian berdekatan Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam, 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran.

Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

(Anthony Loke berkata siasatan sedang dijalankan oleh LPK dan Northport membabitkan
segenap aspek termasuk pengikraran palsu)

Media Baharu