fb fb fb fb fb

LPK peroleh sijil pematuhan ABMS

(Anthony Loke (tiga, kiri) menyerahkan sijil pematuhan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016
kepada Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Kapt K Subramaniam (kanan)/BERNAMA)

SHAH ALAM, 8 Jun- Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) memperoleh Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membanteras rasuah dalam industri maritim.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata sistem itu dapat mengurangkan birokrasi dan unsur rasuah bagi memastikan segala urusan dapat dilakukan dengan penuh integriti.

"Jadi ini merupakan satu usaha yang baik oleh pihak LPK untuk memastikan bahawa industri maritim ini dapat berkembang dengan pesat dan dengan integriti. Kita tahu dalam apa sahaja urusan yang melibatkan perniagaan, perdagangan dan sebagainya sudah tentu ada risiko-risiko rasuah berlaku," kata Anthony dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan di sini.

Beliau juga menggalakkan agensi-agensi lain bawah kementeriannya supaya mengambil langkah yang serupa untuk melaksanakan sistem ABMS.

(Anthony Loke berkata LPK peroleh sijil pematuhan ABMS)

Media Baharu