fb fb fb fb fb

Sindiket sijil lahir dan MyKid, JPN sahkan dua pegawai ditahan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan penahanan dua pegawainya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Ketua Pengarah Pendaftaran, Zamri Misman berkata penahanan itu hasil kerjasama strategik dengan risikan dalaman SPRM yang membawa kepada penahanan tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkait pengeluaran dokumen pengenalan diri tidak sah serta bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM bagi melengkapkan siasatan.

JPN juga tidak akan melindungi kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Tegasnya, tindakan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan sekiranya pegawai yang ditangkap terbukti bersalah.

Penambahbaikan prosedur dokumentasi serta program pengukuhan dibuat bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran integriti dalam kalangan kakitangan.

Pihaknya komited dalam melaksanakan siasatan dalaman secara berkala serta menjalin kerjasama berterusan dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan tiada penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


(Kenyataan rasmi JPN)

Media Baharu