fb fb fb fb fb

DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun ini

FOTO BERNAMA

GEORGETOWN, 8 Jun- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan mengumumkan tarikh pembubaran tetap selepas mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMK) yang terakhir.

Jelasnya, perjumpaan bersama TYT negeri akan diatur segera bagi menyampaikan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Timur Laut 2023.

Terdahulu, Kon Yeow mengumumkan Kerajaan Pulau Pinang akan membubarkan DUN pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi membolehkan PRN diadakan.

Selain Pulau Pinang, lima negeri lagi akan mengadakan PRN dalam tempoh masa terdekat iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow/BERNAMA)

Media Baharu