fb fb fb fb fb

Guna teknologi canggih, basmi kemiskinan - MOSTI

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi fokus kepada penggunaan teknologi canggih dalam membasmi kemiskinan.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata pihaknya komited untuk terus meneroka strategi untuk pembangunan sosial.

Melalui mesyuarat meja bulat bersama Kedutaan Besar China di Malaysia, kedua-dua pihak akan akan bekerjasama dan melihat kepada pelan untuk membangunkan matlamat tersebut.

"Selepas ini, pihak penganjur akan menyusun semua input yang telah kami bincangkan dalam bentuk laporan dan serahkan kepada MOSTI.

Mosti komited untuk melaksanakan projek ini," kata Chang Lih Kang kepada pemberita dalam majlis "Belt and Road Initiative 10 years Anniversary Series" di ibu negara.

Selain itu, MOSTI juga mengalu-alukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari China dalam teknologi tenaga hijau agar usaha itu memudahkan Malaysia beralih kepada ekonomi rendah karbon.


(Menteri MOSTI, Chang Lih Kang ditemui pemberita pada majlis "Belt and Road Initiative 10 years Anniversary Series"
di ibu negara hari ini)

 

Media Baharu