PUTRAJAYA, 29 Ogos- Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas setakat ini dengan Taufan Shanshan yang telah mendarat di Kepulauan Kyushu, Jepun.
Menurut Wisma Putra, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau dengan teliti perkembangan tersebut.
"Taufan Shanshan dijangka bergerak ke arah barat daya Jepun sebelum menuju ke arah utara dan melintasi kawasan pertengahan Jepun seperti Wilayah Kanto termasuk Tokyo dalam beberapa hari akan datang.
"Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my," menurut kenyataan itu.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi terus Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
ARTIKEL BERKAITAN: