fb fb fb fb fb

Tiada penutupan jalan bersempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bulan depan

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Menteri Komunikasi di Putrajaya hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Jun - Tiada penutupan jalan akan dilaksanakan sepanjang Mesyuarat ke-58 Menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat Berkaitan yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, pada Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi, hari ini.

“Tiada penutupan jalan bagi acara tersebut.

"Namun, bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan pada hujung Oktober nanti, maklumat lanjut akan dimaklumkan,” katanya.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI