fb fb fb fb fb

Tiada larangan pemimpin politik masuk kawasan sekolah

(Foto Hiasan)

KANGAR, 2 April- Tiada sebarang isu berhubung Kementerian Pendidikan (KPM) melarang pemimpin politik pembangkang memasuki kawasan sekolah.

Sebaliknya semua pihak termasuk individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mengemukakan permohonan sebelum dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ketetapan itu dibuat dibawah garis Panduan SPI Bilangan 4 Tahun 2023.

Ini bagi membolehkan pihak KPM menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar.

"Jadi kalau nak masuk tidak ada masalah, kalau semua garis panduan itu dipatuhi, isunya ada tidak permohonan, isunya adakah garis panduan itu dipatuhi, itu sahaja.

"Jadi kalau tidak ada permohonan, dan garis panduan itu tidak dipatuhi, kami tak boleh buat apa-apa, sebab permohonan ini terpakai untuk semua pihak, bukan sahaja pembangkang, termasuk jugak yang kerajaan dan orang lain termasuk NGO, jadi kita tidak memilih bulu, tapi ini adalah peraturan yang mesti dipatuhi semua pihak," katanya.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Iftar Perdana bersama warga Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis, di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada IPG Perlis bagi tujuan penyelenggaraan kampus berkenaan.

Media Baharu