fb fb fb fb fb

Hari RTM ke-77, terus salur maklumat sahih dan terkini

SEREMBAN, 2 April- Bersempena Sambutan Hari RTM ke-77, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad.

Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha RTM yang sentiasa komited menyebarkan maklumat sahih dan terkini amat dihargai terutama berkenaan isu kerajaan negeri.

"Saya yakin bahawa semua menghargai peranan yang dimainkan RTM sejak awal penubuhannya sehingga hari ini bahawa mereka memang mempunyai kelebihan dan akhirnya masyarakat dan negara ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kerja yang dilakukan," katanya.

(Datuk Seri Aminuddin Harun)

Beliau ditemui pada Majlis Berbuka Puasa NegeriFM sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-77 RTM, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim berharap ulang tahun RTM terus memberi sinar baharu kepada stesen NegeriFM.

"Saya berharap pertambahan dari segi pendengar dan juga pengikut media sosial akan terus meningkat dan menjadikn NegeriFM sebagai satu jenama radio yang dikenali dan juga menjadi saingan kepada stesen radio yang lain," katanya.

(Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan, Kamal Roslim)

Majlis dimulakan  dengan solat Maghrib berjemaah, majlis berbuka puasa, sesi pemotongan kek dan diteruskan dengan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Media Baharu