fb fb fb fb fb

Tiada laporan penipuan khidmat badal haji - MOTAC

PUTRAJAYA, 23 Jun- Tiada laporan berkaitan kes penipuan khidmat mengerjakan badal haji diterima Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), setakat ini.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemantauan sentiasa dibuat dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk pembatalan lesen agensi terlibat sekiranya didapati bersalah.

"Setakat ini belum lagi tiada laporan penipuan, memang dulu selalu kita dengar mengenai kes penipuan, bila ada kita ambil tindakan. Apabila mereka mohon untuk lesen, dia mempunyai terma dan syarat.

"Jadi kita boleh mengambil tindakan di bawah terma-terma yang ada," katanya.

(Nancy Shukri)

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya, di sini hari ini.

Nancy mengulas laporan media mengenai agensi pelancongan haji dan umrah yang dikesan menawarkan khidmat mengerjakan badal haji dengan pakej bayaran tertentu.

Media Baharu