fb fb fb fb fb

Projek ECRL menyaksikan penglibatan lebih 1,500 syarikat


BUKIT TINGGI, 23 Jun - Sebuah syarikat usaha sama di antara Malaysia Rail Link, MRL dan China Communications Construction Company, CCCC sedang dirancang penubuhannya bagi mengendali operasi perkhidmatan ECRL ini.

Beroperasi dengan modal nisbah kepentingan 50:50, kedua-dua pihak akan menanggung kos dan risiko operasi secara bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama tersebut menjadi titik tolak masa depan industri pengangkutan rel negara.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap di Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang)

"Syarikat usaha sama ini bakal menyediakan bantuan teknikal dan memperhebatkan pemindahan teknologi kereta api serta bersama-sama mengendali dan menyelenggarakan ECRL untuk jangka masa panjang," katanya.

Projek ECRL menyaksikan penglibatan lebih 1,500 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, pembekal dan perunding.

Sebuah ‘Jawatankuasa Khas Penyertaan Kontraktor Tempatan dan Bumiputera Projek ECRL’ telah ditubuhkan bagi memantau dan memastikan penyertaan efektif tempatan yang berkelayakan.

'Ini sejajar dengan persetujuan antara MRL dan CCCC untuk melantik subkontraktor dan pembekal tempatan bagi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada kerja-kerja sivil projek ini yang dianggarkan bernilai sehingga RM10 bilion," katanya ketika berucap pada Majls Perasmian Kerja Pengorekan Terowong Genting bagi projek ECRL di sini.

Berita berkaitan
PM lancar mesin pengorek terowong Genting
ECRL pencetus perubahan dengan limpahan manfaat untuk rakyat

 

Media Baharu