fb fb fb fb fb

MEASAT-3d berupaya wujudkan masyarakat inklusif digital, libatkan diri dalam e-dagang - KSU K-KOMM

Kourou, French Guiana, 23 Jun - Akses internet berkelajuan tinggi di seluruh negara membolehkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti e-dagang.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, yakin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu meningkatkan pendapatan perniagaan masing-masing.

"Jadi dengan ini, lebih banyak liputan terutamanya di kawasan luar bandar, kita boleh menggalakkan lebih banyak PKS untuk menggunakan e-dagang," kata beliau pada majlis pelancaran MEASAT-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah, di sini.


(Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek bercakap pada majlis pelancaran
MEASAT-3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah, Kourou, French Guiana) 

Pelancaran satelit MEASAT-3d, mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi seperti IR4.0, Internet of Things (IoT),teleperubatan, pembelajaran dalam talian dan banyak lagi.

Dalam jangka panjang, berupaya meningkatkan kualiti hidup masyarakat termasuk mereka yang tinggal di kawasan paling terpencil di Malaysia.

Media Baharu