fb fb fb fb fb

Kes keganasan rumah tangga di Perlis catat penurunan ketara

KANGAR, 23 Jun - Sebanyak 35 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku di Perlis sepanjang tahun 2021 iaitu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa.

Namun jumlah kes keganasan rumah tangga menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, apabila hanya tiga kes dilaporkan.

Menurut Exco Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri, Siti Berenee Yahaya, pihak kerajaan negeri dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sentiasa memantau dan mengambil langkah yang perlu bagi setiap kes yang dilaporkan.

Kebiasaannya kes yang berlaku disebabkan tekanan perasaan akibat kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan tetap bagi menyara keluarga.


(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Siti Berenee Yahaya menyampaikan tokoh Hari Bapa negeri Perlis di sini)

"Dalam hal ini, kawan-kawan kita yang agak tertekan di sana, janganlah mengambil tindakan yang menyusahkan keluarga, diri sendiri dan juga tindakan yang tidak elok dipandang masyarakat. Cubalah bersabar dan ambil tindakan atau berhubung mana-mana agensi yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah seperti LPPKN dan JKM," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Perlis dan Jelajah Kasih Keluarga LPPKN di Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, di sini.

Program yang dilaksanakan LPPKN Negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis turut mengiktiraf seorang guru iaitu Roslan Yatim yang juga penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022 sebagai penerima Anugerah Kasih Bapa, Pelindung Keluarga LPPKN Negeri

Media Baharu