fb fb fb fb fb

Tiada lagi PKP, kawalan di sempadan negara akan diperketat

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula.

Namun kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara, dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 khususnya varian Omicron, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia. Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

"Kita akan ambil langkah kawalan lebih ketat, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula,” Hishammuddin bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat kuatert menteri COVID-19 di sini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Saddique.

Hishammuddin berkata, tumpuan kerajaan kini adalah kembali kepada usaha transisi ke arah endemik yang tertangguh akibat beberapa isu sebelum ini.

Kerajaan juga memantau rapat status semasa pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan melihat ruang dan peluang untuk melaksanakannya dengan beberapa negara lagi termasuk Indonesia dan Thailand.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada situasi COVID-19, bukan sahaja di negara-negara berkenaan tetapi juga di negara kita,” katanya.

Media Baharu