fb fb fb fb fb

Tiada kompromi pihak terlibat kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi, ujian saringan COVID-19


KOTA KINABALU, 13 Januari - Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi atau sijil ujian saringan COVID-19.

Tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa terlibat supaya terus menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti individu terlibat.

"Siasatan mesti diteruskan terhadap mereka yang tamak dan mengaut keuntungan di sebalik musibah yang melanda dunia.

Ia perlu ditangani segera dan individu terlibat perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan mereka yang tidak berdosa," katanya dalam sidang media di Kem Lok Kawi, di sini.

Beliau mengulas tindakan seorang lelaki berusia 31 tahun yang kini direman selepas didakwa memberi rasuah kepada sukarelawan untuk mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang belum menerima vaksin.

Media Baharu