fb fb fb fb fb

Malaysia terima KD Rencong, mantapkan lagi kawalan keselamatan perairan negara di Sabah

KOTA KINABALU, 13 Januari - Malaysia menerima Kapal Misi Pesisir (LMS) keempat hari ini di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

Penerimaan aset itu, keselamatan perairan di Sabah akan lebih terjamin.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Kapal LMS yang dinamakan Kapal Diraja (KD) Rencong, bakal menerima pentauliahan pada 28 Januari ini.

Tambahnya, aset berkenaan adalah kapal LMS keempat yang diterima TLDM di sini selepas KD Keris, KD Sundang dan KD Badik.

Penyerahan fizikal Rencong sebelum ini telah dilaksanakan pada 18 Disember tahun lalu di Qidong, China.

"Ianya cukup bersejarah dan tiga kapal LMS KD Keris, KD Sundang, KD Badik dan terbaharu KD Rencong yang belum ditauliahkan lagi dijangka akan dapat tauliah 28 Januari merupakan apa yang telah kita rancang seblum ini supaya perancangan TLDM lima kelas kapal dalam transformasi armada", kata Hishammuddin

Sebaik pentauliahan, LMS ini akan dikenali sebagai KD RENCONG dan seterusnya menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Kontrak perolehan empat buah LMS telah dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

 

Media Baharu