fb fb fb fb fb

Peruntukan RM40 juta, bantu usahawan luar bandar terjejas banjir dan COVID-19

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Usahawan luar bandar yang terjejas banjir dan COVID-19 boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 melalui Bank Rakyat.

Ini termasuk yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan sebanyak RM40 juta disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan luar bandar memulihkan perniagaan mereka.

"Kita akan berikan pinjaman ini maksimum RM50,000 tanpa apa-apa cagaran dan juga akan memberi pinjaman kepada usahawan luar bandar yang tidak formal.

"Syarat yang kita kenakan sama seperti pinjaman tekun di mana tidak ada CTOS, kita ketepikan CCRIS.

"Sebelum ini TEKUN dah buat sekarang Bank Rakyat ada peruntukan RM40 juta dia akan buat prosedur yang sama dengan TEKUN dan tempoh bayaran balik moratorium kita ikut TEKUN bagi setahun bayar balik dan tanpa faedah," katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Dalam majlis sama, Tan Sri Noh Omar turut melancarkan Pelan Strategik MEDAC 2022 bagi memulih dan meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi sektor keusahawanan.

Media Baharu