fb fb fb fb fb

Tiada kompromi isu keselamatan - Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu keselamatan murid akibat jeti runtuh di Kampung Pulau Pababag, Semporna pada Isnin.

Menterinya Fadhlina Sidek mahu tindakan segera diambil dan semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam isu keselamatan terutama pemakaian jaket keselamatan.

Katanya pihaknya kini sedang mencari laluan alternatif yang lebih selamat.

"Apa yang saya nak tegaskan adalah isu keselamatan. Tiada kompromi dalam isu keselamatan sama ada guru ataupun murid.

"Jaket keselamatan telah disediakan KPM, jadi ibu bapa perlu memastikan anak-anak pergi ke sekolah dengan selamat," katanya ketika ditemui media selepas majlis Perasmian Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) 2023 di sini.

Dalam pertemuan itu beliau turut menerima laporan kajian berkenaan isu persaraan awal guru yang disampaikan Presiden (NUTP), Aminuddin Awang.

Selain itu, sesi persekolahan pukul 8.00 pagi bukan isu keutamaan KPM setakat ini meskipun menerima pelbagai cadangan daripada banyak pihak.

Menurutnya terdapat isu lain yang perlu didahulukan, namun beliau memberi jaminan pandangan itu tetap akan diberi perhatian.

"Kita mendengar permasalahan itu daripada ibu bapa dan semua pemegang taruh pendidikan. Pandangan itu akan diambil kira, cuma pada hari ini tiada ketetapan yang kita buat berkaitannya," katanya.

(Fadhlina Sidek)

Media Baharu