fb fb fb fb fb

Aktiviti pembalakan dihentikan, tiada permohonan kerja

PETALING JAYA, 3 Februari- Pencerobohan hutan berbentuk pembalakan haram yang dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah telah ditangani Disember tahun lalu.

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, lokasi tersebut merupakan kawasan yang telah digazetkan sebagai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Tambah Amirudin, pemberhentian aktiviti pembalakan haram tersebut telah dilakukan susulan tiada permohonan kerja dibuat oleh pihak yang terlibat.

"Pemberhentian aktiviti itu telah dibuat dan dikenal pasti cuma tidak mendapat kebenaran pada masa itu. Gambar yang dipaparkan mungkin gambar lama atau gambar baru bekas tinggalan tersebut," katanya kepada pemberita ketika mengulas isu pencerobohan hutan seperti yang didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar, Rimba Disclosure Project.

Pencerobohan itu melibatkan sebahagian pintu masuk ECRL bagi membuat terowong dari Gombak ke Serendah.

(Amirudin Shari)

Media Baharu