fb fb fb fb fb

Syarikat korporat, swasta perlu capai 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Penglibatan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan mahupun ahli lembaga pengarah bagi syarikat korporat dan swasta masih perlu diberi penekanan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini memandangkan peratusan tersebut masih lagi rendah berbanding sektor awam yang kini sudah melebihi sasaran iaitu 38 peratus.

Jelasnya, memandangkan sektor korporat bukan dibawah seliaan kementeriannya, namun pihaknya akan terus cuba memberi advokasi kepada sektor itu dalam memastikan sasaran penglibatan wanita dalam sektor berkenaan dapat dicapai.

“Ia lebih kepada peluang kepada golongan wanita kerana kita ada bank cv (vitae kurikulum) daripada WLF (Yayasan Kepimpinan Wanita) dan kalau mereka rasa sukar mencari serta dapatkan wanita, dapatkan cv di situ untuk melihat data wanita di Malaysia yang mempunyai kelayakan diperlukan badan korporat,” kata beliau pada sidang media selepas program ‘Breakfast Conversations with Datuk Seri Nancy Shukri’ di sini, hari ini.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap
pada sidang media selepas program ‘Breakfast Conversations with Datuk Seri Nancy
Shukri’ di Kuala Lumpur) 

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Wanita, Datuk Dr. Hafsah Hashim memberitahu, sasaran 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dilihat wajar dalam memastikan ia dapat memberi pulangan yang baik kepada negara.

Beliau turut percaya jika ia dijadikan dasar kerajaan, negara mampu bergerak pantas untuk mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita.

"Kita cuba untuk membudayakan korporat itu, sekurang kurangnya menerima seorang ahli lembaga pengarah wanita sebagai ahli lembaga masing-masing, kita bermula dengan itu, kita akan menjadikan satu dasar setiap syarikat yg tersenarai kena ada sekurang-kurangnya seorang wanita itu permulaan untuk mencapai sasaran 30 peratus," ujar Hafsah.

Media Baharu