fb fb fb fb fb

Anthony nafi Malaysia tiada pakar teknikal tempatan

PUTRAJAYA, 3 Februari- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikan dakwaan kononnya Malaysia tidak mempunyai pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan.

Beliau menegaskan, negara telah melahirkan ramai jurutera dan pakar teknikal yang berkebolehan.

Menurutnya, "tidak tepat untuk mengatakan Malaysia tidak mempunyai pakar teknikal. Kita ramai jurutera serta pakar-pakar teknikal jurutera dan sebagainya.

"Kerosakan baru-baru ini di stesen Bandaraya dan Masjid Jamek bukanlah disebabkan masalah teknikal namun ia disebabkan keretakan struktur.

"Jadi saya berharap elakkan kesimpulan yang umum. Tidak adil kenyataan itu kepada pelbagai pihak lain," katanya kepada pemberita ketika mengulas kenyataan berkenaan negara tidak mempunyai pakar teknikal daripada kalangan anak tempatan.

Perkara itu menyebabkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) sering mengalami kerosakan dan mengambil masa terlalu lama untuk dibaiki.

(Anthony Loke Siew Fook (tengah))



Media Baharu