fb fb fb fb fb

Rayuan tuntutan individu mengaku waris Sulu ditolak

KOTA KINABALU, 3 Februari- Keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu adalah satu kemenangan kepada Sabah.

Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan tuntutan tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Kita cukup senang hati kerana tuntutan yang telah dikemukakan itu telah dibatalkan oleh pihak berkenaan di Sepanyol.

"Jadi itu menunjukan bahawa tuntutan itu tidak berasas sama sekali. Perkara ini amat menyenangkan perasaan rakyat Sabah dan juga kerajaan kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan Malaysia secara rasmi telah menerima pengesahan rayuan yang difailkan kumpulan berkenaan, telah ditolak pada Khamis.

Keputusan tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mempertahankan Malaysia sekaligus memastikan kepentingan dan kedaulatan negara dilindungi setiap masa.

(Hajiji Noor)

Media Baharu