fb fb fb fb fb

MRT Putrajaya Fasa 2 mula beroperasi pertengahan Mac depan - Anthony

PUTRAJAYA, 3 Februari- Operasi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 2 bakal bermula sepenuhnya pertengahan Mac depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata projek tersebut kini sedang melalui proses percubaan akhir yang dilaksanakan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Beliau juga akan melihat dan merasai sendiri operasi percubaannya pada Selasa ini, bersama pihak media.

"Apa yang kita akan buat pada hari Selasa nanti ialah saya sendiri bersama dengan warga Kementerian Pengangkutan dan terbuka juga kepada pihak media untuk sama-sama menaiki tren tersebut dari Putrajaya Sentral hingga Damansara," katanya.

(Anthony Loke Siew Fook)

Beliau ditemui media pada Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Projek MRT Putrajaya Fasa 2 sepanjang 57.7 kiometer itu akan mempunyai 36 stesen bermula dari Stesen Kwasa Damansara hingga stesen Putrajaya Sentral.

Fasa 1 projek tersebut sebelum ini telah bermula 16 Jun tahun lalu dari Stesen Kwasa Damansara sehingga Stesen Kampung Batu.

Media Baharu