JOHOR BAHRU, 16 Ogos - Kira-kira 2,800 peserta membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi memeriahkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 Wilayah Selatan 2025.
Acara penutup Larian MAPPA 2025 itu menjadi wadah menyemai semangat patriotisme, membudayakan gaya hidup sihat serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI.
Pelepasan larian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, melibatkan dua kategori utama iaitu 5 kilometer Fun Run dan 1.5 kilometer Fun Walk.
Turut menyerikan acara ialah penyertaan khas 55 orang peserta kurang upaya, selain pelbagai aktiviti sampingan termasuk pertandingan seni kreatif dan persembahan budaya tempatan.
Pendekatan membudayakan gaya hidup sihat ini juga diyakini mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta keberkesanan perkhidmatan awam.