fb fb fb fb fb

Tiada kes baharu Mpox dikesan di Malaysia

FOTO BERNAMA

AMPANG, SELANGOR, 18 November- Tiada kes baharu cacar monyet (Mpox) dikesan di negara ini, selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 September lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan, saringan yang dilakukan terhadap 22.8 juta pengembara asing di pintu masuk negara, mendapati kesemua mereka negatif Mpox.

"Setakat ini yang kita tahu, tiada kes baharu dan kes yang sedikit waktu dahulu hanya satu, pada pusingan pertama dahulu, hanya 8. Itu pada tahun lepas dalam bukan Oktober...alhamdulillah. Teruskan berdoa."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Transplantasi Sel Stem/Sum-Sum Tulang KKM di Hospital Ampang.

Pada 16 September lepas, KKM mengesahkan satu kes positif cacar monyet dalam varian clade II dikesan, menjadikan semua 10 kes direkodkan sejak 26 Julai 2023.

Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah.

Trainee