fb fb fb fb fb

Tiada keperluan tubuh Lembaga Minyak Sawit Khas untuk Sabah

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Tiada keperluan untuk menubuhkan Lembaga Minyak Sawit Khas untuk Sabah, buat masa ini.

Jelas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Siti Aminah Aching ia dikhuatiri akan melibatkan pertindihan fungsi dan peruntukan bagi sektor sawit.

"Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ketika ini telah mempunyai pejabat wilayah dan cawangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Fungsi MPOB termasuk kawal selia dan juga pembangunan industri sawit di peringkat huluan dan hiliran.

"Namun, KPK sentiasa komited dalam memperkenalkan peranan MPOB," katanya.

(Datuk Siti Aminah Aching)

Beliau menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Parlimen.

Kempen Anti-Sawit Malaysia

Dalam pada itu, Siti Aminah berkata kementerian komited untuk melaksanakan program menangani Kempen Anti-Minyak Sawit.

Peruntukan RM10 juta yang diluluskan Kementerian Kewangan tahun ini akan digunakan secara optimum bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Selain promosi ke luar negara, program dalam negara juga dilaksana dalam kalangan pelajar sekolah dan kumpulan pengguna tentang kebaikan sawit Malaysia.

"Kempen ini juga menumpukan usaha untuk menembusi pasaran baharu seperti di Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah. Pasaran sedia ada seperti Asean dan Eropah Timur akan diperkukuh," katanya.

Media Baharu