fb fb fb fb fb

Penjawat awam Pahang terima KGT Tambahan Khas

KUANTAN, 15 Mac- Kerajaan Pahang bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam di negeri itu, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan menyebut kenaikan itu akan melibatkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta yang memanfaatkan kira-kira 8,000 kakitangan kerajaan negeri.

"Kenaikan itu juga, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022, yang mana kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian itu kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dalam kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional berkuat kuasa 1 Januari lepas,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemberian KGT Tambahan Khas itu, tidak akan menjejaskan pergerakan gaji tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

(Penjawat awam Pahang terima KGT Tambahan Khas/Foto hiasan)

 

Media Baharu