fb fb fb fb fb

MAINJ unjur RM25.87 juta pungutan zakat

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 15 MacĀ -Sebanyak RM25.87 juta pungutan zakat diunjurkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) tahun ini, dengan anggaran 2.2 juta umat Islam seluruh negeri itu menunaikan zakat.

Unjuran tersebut mengikut dua kadar Zakat Fitrah Johor yang ditetapkan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bagi tahun 2023, iaitu RM7 bagi beras super tempatan dan RM13 bagi selain beras jenis super tempatan (beras import) seperti beras wangi, beras basmathi dan lain-lain.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, RM14.22 juta kadar bantuan hari raya diperuntukkan tahun ini, melibatkan 6,585 ketua keluarga fakir yang akan menerima RM400 setiap keluarga dan 30,254 ketua keluarga miskin, RM300 setiap keluarga.

Manakala tanggungan kedua-dua kategori akan menerima RM50 setiap seorang.

(Mohd Fared berkata RM25.87 juta pungutan zakat diunjurkan MAINJ tahun ini)

"Umat Islam digalakkan menunaikan zakat pada awal Ramadan bagi membolehkan agihan bantuan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum tiba hari raya Aidilfitri," kata Mohd Fared kepada pemberita selepas pengumuman kadar zakat fitrah Johor 2023 di sini.

Pembayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi TULUS, kaunter MAINJ amil zakat fitrah yang dilantik.

1,648 amil telah dilantik dan diberi tauliah menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri.

Media Baharu