fb fb fb fb fb

Harga makanan di sekolah dikawal mengikut perjanjian

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 16 Mac - Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan isu harga makanan di kantin sekolah yang mungkin meningkat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia dapat dikawal menerusi garis panduan dan perjanjian antara pihak kantin dan sekolah.

Beliau berkata, sekiranya isu tersebut masih berlaku ibu bapa boleh merujuk terma perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

"Kementerian mengambil perhatian mengenai isu kos yang dibangkitkan dan sebagainya tetapi perlu melihat kepada kepada garis panduan itu serta perbincangan dengan pihak sekolah,"katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Takwin Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2023 di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan ibu bapa kemungkinan harga makanan di kantin meningkat menjelang sesi persekolahan bermula minggu hadapan.

Ditanya mengenai cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti, Fadhlina berkata perkara itu akan diberi perhatian.

"Kita dari semasa ke semasa akan lihat kontrak dan terma kantin dengan sekolah ini dan kalau ada peluang untuk seragamkan kita akan lihat dari semasa ke semasa," katanya.

Media Baharu