fb fb fb fb fb

Perancangan strategik direncana ke arah pertumbuhan industri angkasa

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Empat perancangan strategik sektor angkasa direncana ke arah pertumbuhan industri itu sejajar dengan pelaksanaan Dasar Angkasa Negara (DAN) 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata ianya dikoordinasikan menerusi Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan dasar tersebut.

Beliau berkata, JANGKA juga meluluskan Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 yang mencadangkan kepada pelancaran satelite remote sensing negara beresolusi tinggi pada penghujung 2025.

(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang)

"Teknologi angkasa ini dia melibatkan banyak sektor... banyak aspek termasuk penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan serta kedaulatan negara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) di Ibu Negara,semalam.

Tambah Lih Kang, aktiviti angkasa juga dikawal selia oleh Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 atau AKTA 834 yang bakal meyakinkan pelabur dan industri untuk terlibat dalam aktiviti angkasa negara.

MOSTI juga katanya telah diberi mandat menerajui Space Tech Nexus pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023.

Media Baharu