fb fb fb fb fb

Peniaga bazar Ramadan disaran tawar Menu Rahmah

KOTA BHARU, 15 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyarankan peniaga bazar Ramadan agar menawarkan Menu Rahmah kepada orang ramai.

Ia sejajar dengan saranan kerajaan untuk mewujudkan Bazar Ramadan Rahmah di setiap negeri.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, peniaga bazar yang berminat boleh mendaftar dengan pihak KPDN dan ia akan dimasukkan dalam portal kementerian.

Selain mendapat promosi percuma peniaga juga akan diberikan banting Menu Rahmah untuk dipamerkan.

(Azman berkata peniaga bazar Ramadan disaran tawar Menu Rahmah)

"Konsep yang ditetapkan sekurang kurangnya 30% peniaga menawarkan Menu Rahmah 30%. Setiap pekedai tidak semestinya 100% jual menu Rahmah. Konsep yang dibuat tiada insentif pada kerajaan itu adalah peniaga kepada pengguna," kata Azman selepas Majlis Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini.

Menurut beliau, di Kelantan terdapat 115 kedai yang menawarkan Menu Rahmah setakat ini.

Jajahan Kota Bharu merupakan lokasi paling banyak peniaga menjayakan menu tersebut.

Media Baharu