fb fb fb fb fb

Tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor

(Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan pada sidang
media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet)

PUTRAJAYA, 3 Mac- Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat di Johor berikutan kejadian banjir yang berlaku.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata fokus kerajaan sekarang adalah membantu kerajaan negeri dengan menyalurkan bantuan sesegera yang boleh.

"Pada waktu ini pandangan jemaah menteri lebih ke arah apa yang boleh kita lakukan segera, sekarang yang diteliti ialah aset-aset kerajaan yang mampu kita kerahkan segera.

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah meninjau beberapa lokasi sekitar Johor semalan. Beliau telah melihat beberapa isu yang dibangkitkan segera dan telah diselesaikan dengan segera," kata Fahmi dalam sidang media pascamesyuarat Kabinet di sini.

Tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan untuk menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada negeri Johor bagi membantu mangsa banjir dan keperluan-keperluan segera.

Keadaan banjir di Johor yang berlaku sejak Isnin lalu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir terus melonjak kepada lebih 30,000 penduduk dengan semua 10 daerah kini terjejas.

(Fahmi berkata tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor)

Media Baharu