fb fb fb fb fb

Parlimen Bangi catat jumlah penduduk tertinggi, 691,900 orang - DOSM

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kawasan Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 691,900 orang, diikuti Parlimen Kota Raja dengan 526,400 orang dan Parlimen Subang sebanyak 481,100 orang.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kawasan parlimen berpopulasi paling padat ialah Wangsa Maju dengan jumlah populasi 13,224 orang bagi setiap satu kilometer persegi.

Tambahnya, ia diikuti Pandan dengan kepadatan populasi 11,442 orang per kilometer persegi dan Jelutong dengan 11,361 orang.


(Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin)

Bagi komposisi populasi mengikut kumpulan etnik utama, Setiu mempunyai 99.6 peratus penduduk Bumiputera tertinggi diikuti Hulu Terengganu (99.5 peratus) dan Jeli (99.4 peratus).

Kumpulan etnik Cina tertinggi pula direkodkan di Kepong manakala etnik India terbanyak dicatatkan di Ipoh Barat.

Kawasan Parlimen Putrajaya, Gua Musang dan Tumpat adalah tiga kawasan Parlimen di Malaysia yang merekodkan penduduk umur muda tertinggi.

Pelbagai statistik terpilih di peringkat parlimen dan DUN yang terdiri daripada pelbagai maklumat asas termasuk penduduk, perumahan, guna tenaga, pendapatan isi rumah dan pendidikan.

Media Baharu