(Foto fail)
PUTRAJAYA, 3 Mac- Aspek rangkaian telekomunikasi merupakan fokus utama Kementerian Komunikasi dan Digital bagi memastikan mangsa di kawasan terjejas banjir tidak terlalu lama berhadapan dengan masalah telekomunikasi.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata beliau mendapat laporan terdapat 90 menara telekomunikasi terjejas akibat banjir
"Saya telah memberi penegasan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia agar melihat stesen atau menara-menara yang telah terjejas.
"Setakat semalam, jumlahnya mencecah 90 tapi perlu segera dibaik pulih," kata Fahmi dalam sidang media pascamesyuarat Kabinet di sini.
Menurutnya, pihak suruhanjya belum memberi maklum balas berhubung angka sebenar kerosakan yang perlu dibaik pulih.
(Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan pada sidang media selepas menghadiri
Mesyuarat Kabinet/BERNAMA)