fb fb fb fb fb

Sambutan Minggu Perpaduan akan dianjur pada Mei

PUTRAJAYA, 3 Mac- Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Nasional akan berlangsung di Sarawak bermula Mei depan bagi memberi penekanan pentingnya aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perincian berhubung sambutan itu akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang tidak lama lagi.

Sambutan tersebut adalah sebahagian daripada ikhtiar dan usaha Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan elemen bersatu padu dalam kalangan masyarakat seterusnya penting bagi mewujudkan suasana stabil selain dapat menarik pelabur luar.

"Jemaah menteri telah bersetuju untuk mengadakan satu sambutan minggu perpaduan yang akan diadakan di Sarawak bermula 20 Mei ini," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini.

Sambutan itu memberi tumpuan kepada pembangunan Masyarakat Madani sekaligus memperkukuh perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat.

(Foto hiasan)

Media Baharu