fb fb fb fb fb

Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 15 Mac- Tiada kelas akademik akan diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang bakal bermula minggu depan.

Ia sebaliknya akan diganti dengan program dan aktiviti penerapan nilai adab, akhlak dan motivasi dalam pembentukan sahsiah pelajar berdasarkan aspek karamah insaniah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata guru boleh melaksanakan pendekatan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah bagi menarik minat murid untuk belajar.

"Sebab biasa bila dah diajar secara akademik dan ilmiah nilai itu tidak ditarik keluar dan tak dapat dipraktikkan dan di hujung pembelajaran sudah ada peperiksaan.

"Jadi bila sebenarnya nak amalkan nilai itu. Jadi kenapa tidak nilai-nilai itu kita bawa ke awal sebab nilai itu nilai yang universal yang menjadi amalan setiap manusia. Ucapkan terima kasih, salam, menghormati, bertanggungjawab, ada jati diri.

"Jadi kita awalkan supaya pelajar sedar. Inilah yang kita buat pada hari dan minggu pertama," kata Pkharuddin dalam sidang media selepas menyampaikan amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 di sini.

Tambahnya, KPM telah mengeluarkan Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 yang boleh dijadikan rujukan oleh sekolah-sekolah untuk mengadakan aktiviti yang bersesuaian sepanjang minggu pertama sesi persekolahan.

(Datuk Pkharuddin tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan)

Media Baharu