fb fb fb fb fb

Program MBI Prihatin bantu sediakan keperluan sekolah

PERAK, 15 Mac- Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh dari golongan B40 disantuni menerusi sumbangan barang keperluan sekolah.

Program digerakkan Majlis Bandaraya Ipoh dibawah inisiatif 'MBI Prihatin' dengan kerjasama syarikat Navira Meditech Sdn Bhd serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

 
(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menyampaikan sumbangan keperluan sekolah)

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, program diadakan bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah kepada anak-anak mereka.

"Mana-mana syarikat yang hendak menaja seperti kita tahu perkara CSR sumbangan ini pun kita ada beberapa insentif seperti pengecualian cukai dan pelbagainya, dan memang kita mengalu-alukan, ini salah satu program yang dapat kita memberi pulangan balik kepada masyarakat B40," katanya.

Dalam pada itu, syarikat Canggih dalam perancangan untuk membangunkan sebuah kilang menjahit pakaian di Seri Iskandar, Perak.

Pengarah Urusan Canggih Sutera Sdn Bhd, Rozamir Zulkifli berkata, apabila siap kelak, ia bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

"Tapi ini peluang pekerjaan kepada anak muda, khususnya kita juga bagi peluang kepada yang mencari kerja, kita ada giatmara, vokasional, yang mana menjahit tu boleh juga mereka sebagai pekerja kepada kita," katanya di sini.

Media Baharu