fb fb fb fb fb

Elak penipuan, MOTAC terus perkasa sektor pelancongan

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerjasama strategik yang diwujudkan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (JSJK, PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri memberikan impak positif dari tahun ke tahun.

Antara kerjasama yang dilakukan adalah seperti Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memeriksa kenderaan persiaran untuk penggunaan khidmat pemandu pelancong, penggunaan kenderaan selain kenderaan persiaran yang telah dilesenkan dan pengendali kenderaan persiaran yang tidak berlesen serta penyiasatan perusahaan pelancongan, risikan dan sebagainya.


(Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi)


Menurut Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi kerjasama ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam sektor pelancongan.

"Berdasarkan rekod MOTAC, terdapat peningkatan bilangan kenderaan dan premis pengusahaan pelancongan yang diperiksa dan diberikan notis pemeriksaan untuk siasatan," katanya kepada media selepas majlis MOTAC melantik pegawai perhubungan (focal person) kepada rakan strategik PDRM dan JPJ.

Menurut beliau, sepanjang tahun 2022 sebanyak 327 bilangan pemeriksaan dengan 71 notis pemeriksaan dikeluarkan kepada pengusahaan pelancongan.

Manakala dalam dua bulan pertama tahun 2023, MOTAC telah mencatatkan 394 bilangan pemeriksaan dengan 61 notis pemeriksaan.

Media Baharu