fb fb fb fb fb

Bekalan bahan mentah di Johor mencukupi

(Datuk Seri Mohamad ketika ditemu bual media di Pengerang)

PENGERANG , 15 Mac- Bekalan bahan mentah termasuk sayur-sayuran di Johor dijamin mencukupi terutama ketika Ramadan.

Bekalan juga akan diperoleh dari negeri-negeri jiran bagi menampung keperluan

Selain itu FAMA akan membuka Agro Bazar di beberapa lokasi terjejas banjir.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Agro Bazar itu akan dibuka di daerah terjejas seperti Segamat dan Batu Pahat, selepas banjir surut.

"Kerugian sedang dibanci, pihak NADMA sedang bantu pihak Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pertanian, FAMA buat kajian.

"Nanti kita lihat kerosakan dan permohonan mereka. Kita pertimbangkan insya-Allah dijamin oleh FAMA akan dibawa ke tempat-tempat lain, untuk memenuhi permintaan bulan Ramadan," kata Mohamad kepada media di sini.

(Datuk Seri Mohamad berkata bekalan bahan mentah di Johor mencukupi)

Media Baharu