fb fb fb fb fb

Tiada insiden tidak diingini berlaku di Kelantan - Ketua Polis Kelantan

(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bercakap pada sidang media di IbuĀ 
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu)

KOTA BHARU, 24 November - Tiada insiden tidak diingini berlaku di Kelantan seperti rusuhan jalanan dan protes.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia menggambarkan rakyat serta pemimpin-pemimpin parti di negeri itu bersikap matang.

Walau bagaimana pun bagi memastikan keamanan dan keharmonian terus dikecapi, 22 sekatan jalan raya (SJR) diadakan di lokasi yang dikenal pasti di seluruh negeri.

SJR yang berkuatkuasa Selasa lalu melibatkan 410 petugas terdiri daripada Pegawai, Anggota,(Pasukan Gerakan Am) PGA dan RELA.

Apapun keputusan dibuat selepas ini, beliau mengesa rakyat kekal tenang dan tidak menimbulkan perkara yang boleh mengugat keamanan.


(Foto fail)

"Di Kelantan, Alhamdullah 'so far' tidak ada insiden yang berlaku dan tidak ada riak-riak yang menunjukan untuk melakukan protes dan sebagainya, apa pun penentuan kita buat dan kita percaya di kalangan pemimpin dan penyokong sentiasa mendengar nasihat daripada pihak polis, itu satu perkembangan yang baik," kata beliau kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'Omnipresence' bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Bagi kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan pihaknya sentiasa memantau supaya tidak berlaku kesesakan jalan raya.

Media Baharu