fb fb fb fb fb

Melaka ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim, sedia bekerjasama

DURIAN DAUN, 24 November - Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama kepada kerajaan yang baharu dibentuk ini.

Namun katanya, pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri dan Melaka kekal diterajui Barisan Nasional (BN).

"Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10," ucap Sulaiman kepada pemberita RTM ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata pembentangan bajet negeri Melaka bagi 2023 akan berlangsung pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka pertengahan Disember ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong)

 

Media Baharu