fb fb fb fb fb

Tiada diskriminasi kanak-kanak termasuk golongan tidak sah taraf

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menolak sebarang amalan diskriminasi kanak-kanak, termasuk kanak-kanak yang dilahirkan secara tidak sah taraf.

Menurut timbalan menterinya, Aiman Athirah Sabu, selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, kerajaan akan tetap membantu golongan tersebut dengan menyediakan bantuan kebajikan seperti rumah perlindungan.

"Pada ketika ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 18 buah institusi kanak-kanak iaitu 16 buah rumah kanak-kanak yang bersedia memberi perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah umur 18 tahun termasuk bayi dan kanak-kanak yang tak sah taraf.

Kementerian turut menyediakan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar," katanya ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad di Parlimen.

(Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Tambah beliau, pihaknya juga telah memperkenal Sistem MyCorporate Care (MyCC) dan konsep Pemeliharaan Berasaskan Keluarga (PBK) dalam pengurusan kes kanak-kanak yang dilahirkan secara tidak sah taraf.

Media Baharu