fb fb fb fb fb

RM29 juta diperuntukkan naik taraf LKIM

PENGERANG, 15 Mac- Sebanyak RM29 juta diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi naik taraf infrastruktur di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini.

Ia bagi pembinaan groin dan kerja membuang mendapan di kompleks tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia salah satu usaha kementeriannya memperkukuh industri perikanan menerusi naik taraf fasiliti.

"Kita harap kompleks ini akan dinaik taraf dan nelayan akan guna kemudahan dengan lebih baik. Selain itu, bantuan-bantuan kepada nelayan sebanyak RM300 sebulan. Diharap subsidi ini akan mengurangkan bebanan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut menyampaikan bantuan elaun sara hidup kepada 408 orang nelayan di Pengerang, melibatkan peruntukkan berjumlah RM122,400.

Selain itu, penyerahan lesen sampan khas turut diberikan kepada 47 nelayan serta bantuan RM200 dan bakul makanan kepada nelayan terjejas banjir.

(Penyerahan bantuan kepada nelayan Pengerang)

Media Baharu