fb fb fb fb fb

Tiada campur tangan; badan penguat kuasa bebas siasat tanpa ditekan kerajaan - PM

PUTRAJAYA, 2 Februari - Agensi penguat kuasa dan badan kehakiman kekal bebas daripada campur tangan kerajaan.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan pimpinan beliau tidaka akan menekan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala kes termasuk penyelewengan dana.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof semasa sidang media di sini, hari ini)

"Kita tidak mengulangi sikap menekan seperti yang dilakukan dulu kita tidak menggunakan badan-badan ini yang berlaku dua hal yang pertama ada laporan yang dibuat pihak PDRM dan SPRM tentang penggunaan wang oleh parti bersatu.

"Kedua saya menjalankan kerja saya tugas saya di kementerian kewangan dan melihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa proses tender. Kalau proses tender itu tidak dilakukan umpanya dan kos itu tidak melambung itu tidak jadi isu, dia bukan kita menghukum sesiapa," katanya pada sidang media mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.

Tegas Perdana Menteri, segala tohmahan yang dilakukan pemimpin parti politik pembangkang yang dalam proses siasatan terhadap campur tangan kerajaan adalah tidak berasas sama sekali.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  jelasnya mempunyai kuasa tidak terbatas untuk menyemak mana-mana akaun parti politik di negara ini sekiranya mendapat laporan.

Media Baharu